Home » » Misteri! Mengapa Bas Ini Boleh Tersadai Di Hutan?

Misteri! Mengapa Bas Ini Boleh Tersadai Di Hutan?

Written By Cput on Saturday, 9 February 2013 | 04:24

Boleh dikatakan hampir setiap orang pernah merasai menaiki kenderaan seperti bas bukan? Tetapi menaiki bas dengan perjalanan yang jauh seperti ke Kelantan, Terengganu cukup memenatkan. Apa yang dilakukan hanyalah tidur, celik dan tidur semula sehingga berjam-jam lamanya. Namun apakah perasaan kita apabila bangun dari tidur dan mendapati bas yang dinaiki tiba-tiba berada dalam kawasan hutan. Pelik bukan? Itu yang terjadi kepada sebuah bas di Jakarta yang tiba-tiba ia berada di hutan.

Di Jakarta, seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa misteri apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,”

0 comments:

Post a Comment